MISI extended

Sunday, August 06, 2006

Maklumat lanjut

PENGENALAN
Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah (MISI 2006) ialah program anjuran bersama Pertubuhan Jamaah Malaysia (JIM) dan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA). Program ini telah berlangsung berlangsung selama 28 hari pada 3 hingga 30 Jun 2006, bertempat di Desa Saujana, Sungai Merab, Bangi.

MISI 2006 telah berjaya mengumpulkan ahli KARISMA dari pelbagai peringkat dan lokaliti semata-mata untuk mengikuti program tarbiah yang menghimpunkan pelbagai skop ilmu pengetahuan, mahupun secara teori dan juga praktikal. Selain itu, MISI 2006 menjadi medan bagi ahli KARISMA untuk menyemai ukhuwwah dengan lebih akrab di samping menyediakan peluang untuk saling berdiskusi tentang pelbagai isu dan perkara di dalam usaha untuk memantapkan KARISMA dari pelbagai aspek.

Biarpun penganjuran MISI 2006 merupakan yang pertama dan julung kalinya diadakan, namun hasilnya cukup memberangsangkan. MISI 2006 berjaya melahirkan graduan-graduan yang kini cukup bersemangat untuk terlibat secara aktif di dalam gerakerja Islam. Setelah dipersiapkan pelbagai ‘kelengkapan’ dan ‘senjata’ sedikit sebanyak dapat membantu para mahasiswa untuk menyemarakkan dakwah secara syumul di lokaliti masing-masing.

Namun begitu, dengan berakhirnya MISI 2006 tidak bermakna para graduan MISI 2006 tidak lagi terikat dengan mana-mana program susulan. Program-program susulan amatlah penting untuk dijadikan sebagai platform indikator, demi memenuhi keperluan para graduan bagi memastikan hasil yang diperolehi dari MISI 2006 akan diaplikasikan sepenuhnya demi mengislah masyarakat.

Untuk itu, beberapa orang graduan MISI 2006 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan MISI 2006: Reunited sebagai medan perkongsian dan pengisian, bagi memenuhi hasrat para graduan dan juga mentor serta pihak penganjur MISI 2006.
___________________________
OBJEKTIF --4P
Dengan keazaman yang memuncak, kami berharap MISI 2006: Reunited akan kekal di dalam ingatan setelah mencapai objektif-objektif berikut:

1-Prestasi – Menguji serta menetapkan indikator yang sesuai dan seragam sejauhmana para graduan MISI 2006 dapat mengaplikasikan 11 Resolusi MISI 2006. Selain itu, pelbagai lain-lain indikator yang lebih komprehensif bakal dibincangkan.

2-Perkongsian – Meningkatkan kualiti gerakerja di lokaliti masing-masing berdasarkan perkongsian corak gerakerja, khususnya selepas berlangsungnya MISI 2006. Pelbagai idea yang kreatif dan pro-aktif dapat dihimpunkan dan digunapakai.
3-Perancangan – Menyusun dengan sistematik program-program susulan MISI 2006 bagi memastikan perancangan MISI 2006 berdasarkan 11 Resolusi MISI 2006 berjaya dicapai, samada secara individu mahupun kolektif.

4-Perhubungan – Mengukuhkan silaturrahim sesama graduan MISI 2006 dan memastikan hubungan yang termeterai tidak akan luput. Ini adalah penting memandangkan para graduan MISI 2006 saling melengkapi antara satu sama lain.
___________________________
TEMA
“Membina Fikrah, Menjana Islah”

Tema MISI 2006: Reunited adalah selaras dengan 11 Resolusi MISI 2006. Berdasarkan resolusi pertama hingga yang kelapan, memberikan penekanan untuk memantapkan fikrah Islamiah, sebagai pasak bagi aktivis dakwah. Resolusi yang kesembilan hingga yang kesebelas memfokuskan kepada usaha untuk mengislah masyarakat, hasil dari tarbiah yang berkualiti. Kedua-dua aspek ini adalah penting untuk merealisasikan misi dan visi JIM dan KARISMA
___________________________
ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama (Jumaat/18 Ogos 2006)

5.00 petang: Ketibaan para peserta
Aktiviti Menyemai Ukhuwwah
9.00 malam: The Road to Guantanamo
11.00 malam: Himpun daya

Hari Kedua (Sabtu/19 Ogos 2006)

5.00 pagi: Qiyamullail
6.00 pagi: Solat Subuh berjemaah
Bacaan Al-Mathurat & Kuliah Subuh
7.15 pagi: Senaman pagi
8.00 pagi: Sarapan
8.30 pagi: Obor Semangat 1
10.00 pagi: Perkongsian 1--DI MANAKAH KITA??
12.00 tengahari: Makan tengahari
1.30 petang: Solat Zohor berjemaah
2.00 petang: Perkongsian 2--DI MANAKAH KITA??
4.00 petang: Minum petang
4.30 petang: Solat Asar berjemaah dan bacaan Al-Mathurat
5.00 petang: Riadah
6.15 petang: Makan malam dan khidmat diri
7.30 malam: Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib
Solat Isyak berjemaah
9.00 malam: Obor Semangat 2
10.30 malam: Nostalgia MISI
12.00 malam: Himpun daya

Hari Ketiga (Ahad/20 Ogos 2006)

5.00 pagi: Qiyamullail
6.00 pagi: Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi: Sarapan pagi
7.00 pagi: Bersurai meneguh misi, melaksana janji

0 Comments:

Post a Comment

<< Home