MISI extended

Tuesday, July 04, 2006

barangan ikhwah MISI - sedang menanti utk dituntut

assalamualaikum,

Senarai barangan bakal wakaf MISI ikhwah

No.
Item
Unit
Description
Condition
1.
Mortein liquid-plug in
1
- Merah putih
- Lulusan sirim
Liquid tinggal separuh
2.
Ubat gigi colgate
1
- saiz besar
- agak leper tapi masih berat
Banyak lagi ‘tooth paste’nya
3.
Tali kasut putih
1 pasang
- 67cm ± 1.0cm panjang
Masih putih melepak
4.
CD nasyid + astora jabat vs dr. asri
2
- 2cd-1 casing
- Cover depan tiada
Masih boleh dimainkan
5.
FAMA soap
1 buku
- Dibungkus dengan plastic putih licin
- Berbentuk silinder leper
Belum bukak lagi
6.
Sikat
1
- Warna hijau
- 20.2cm panjang
- Tangkai panjang
Ada la rambut dan kelemumur sikit
7.
Sikat
1
- Warna ungu
- 12.4cm panjang
- Tiada tangkai
Rambut tiada, kelemumur lebih banyak dari sikat hijau
8.
Badge YAHOO! I am a MUSLIM
1
- 5.5cm-diameter
- Warna putih
- Keluaran brotherhood
Tinggal kulit nya shj.
Bhg belakang (pin) sudah tiada
9.
Charger NOKIA
1 biji
- Bersoket 3
- Warna hitam
- 182cm panjang
Wayarnya sudah putus2 tp masih boleh charge HP
10.
Insect repellent
1 botol
- Keluaran KELLIS
- Warna kuning
- Ader gambar nyamuk
Liquid nya cukup untuk sembur 3 badan sasa
11.
Tali pinggang GUCCI
1
- Kepala besi empat segi tepat (rectangle)
- Luar PVC
- Dalam baldu
- 104cm panjang
Kepalanya dah calar sikit
Memang original
12.
Alat tulis
1 bungkus
- Variasi stationeries dalam plastic putih transparent
- KnL punyer tertera jelas di plastic
- Ana akan simpan dan bawa next meeting nanti insyaAllah

13.
Duit 20 sen
1 keping
- Nilainya 20 sen
Masih boleh digunakan
14.
Minyak gamat
1 botol
- Tiada penutup
- Cap tidak dapat dikenal pasti
Masih boleh disapukan dan baunya pun masih kuat

Semua barangan di atas adalah barang yang masuk dalam kategori lost and found. Kebanyakkan item-item di atas tidak mempunyai bukti DNA suspek terlibat, jika adapun, ia tidak mampu membawa kepada pemberkasan suspek.

Pihak kami percaya, kesemua item di atas adalah kepunyaan lelaki yang mengikuti program MISI 2006 di Desa Saujana, Sg. Merab kerana semuanya ditemui di ruang lepak surau Desa Saujana.

Suspek-suspek yang men’suspek’kan bahawa ada diantara item di atas adalah kepunyaannya dikehendaki menghubungi pihak kami melalui mail peribadi atau talian bebas toll 017-6744337. mereka juga boleh SMS kan sahaja maklumat peribadi serta barangan yang hendak dituntut. Sebarang MMS tidak akan dilayan.

Setiap item di atas akan diletakkan di bahagian ’menunggu untuk dituntut’ selama 1 minggu mulai tarikh mail ini di sebarkan. Jika ada di antara item ini tidak dituntut atau masih belum ada yang menuntut maka;
barangan itu akan di wakafkan pada tempat-tempat yang mana orang ramai boleh manfaatkan
barangan itu akan dijual pada harga bundle dan duitnya akan dimasukkan kedalam tabung kebajikan/palestin
barangan itu akan ana gunakan (yang dah tak boleh nak tahan lama-insect rellent ext.)

sila tuntut hak anda sebelum item ’LOST AND FOUND’ ini bertukar status kepada ’FINDERS KEEPERS AND SOLD’

qayyim hafidzi
k-uniten

0 Comments:

Post a Comment

<< Home